fbpx

Kerajaan rangka perundangan sesuai bagi perkhidmatan bantuan guaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah dan Pengerusi Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (tiga dari kanan), bergambar pada Konvensyen Bantuan Guaman Pelajar Undang-Undang Malaysia 2024. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka merangkakan perundangan yang sesuai dengan keperluan bantuan guaman bagi mengembangkan lagi perkhidmatan tersebut di masa kini dan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya maklum dengan isu yang dibangkitkan oleh pengamal undang-undang dan perkara itu akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, bantuan guaman adalah amat penting kepada negara justeru kerajaan turut memainkan peranan dalam mengembangkan perkhidmatan itu supaya tiada rakyat negara ini kehilangan hak untuk mendapatkan perwakilan sekiranya dihadapkan di mahkamah.

“Ini sesuatu yang perlu kita perjuangkan supaya hak kesakamaan dalam perundangan ini diberi kepada setiap rakyat kita.

“Saya telah menerima mesej daripada Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim (YTSPAI) yang akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pengeculian cukai dan harapnya kita akan dapat memudahkan dan merangkakan perundangan yang sesuai untuk masa kini dan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Konvensyen Bantuan Guaman Pelajar Undang-undang Malaysia 2024 anjuran YTSPAI di Asian International Arbitration Centre, di sini hari ini.

Selain itu beliau berkata, pihaknya akan menyampaikan cadangan pelepasan cukai termasuk kepada mana-mana peguam yang memberikan perkhidmatan pro bono dalam memberi perwakilan undang-undang kepada pelanggan yang memerlukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI