fbpx

Keindahan, keteraturan Putrajaya sukar ditandingi ibu kota lain – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran negara yang hebat yang sukar ditandingi.

Beliau yang bertanggungjawab ‘mencipta’ bandar itu berkata, keindahan dan keteraturan bandar tersebut sukar untuk ditandingi oleh mana-mana bandar atau ibu kota di negara lain.

Malah katanya, sejak bermula pelancaran Putrajaya pada 1995, bandar itu sudah matang dan paling membanggakan rakyat ialah keindahan bandar itu.

“Ia benar-benar mencerminkan sebuah bandar dalam taman. Jalannya dipenuhi dengan tanaman bunga dan pagar yang dihias cantik, manakala barisan pokok rendang pula menghiasi jalan raya.

“Taman-taman dijaga dengan baik dan berlandskap. Bangunan yang berada di antara jalan (boulevard) tengah itu mengagumkan.

“Malah medan selera juga dibangunkan dan diselenggara dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan di aplikasi X.

Pada hantaran sama, Dr. Mahathir turut mengucapkan tahniah kepada pentadbiran Putrajaya yang jelas mempunyai cita rasa yang baik dan menghargai keindahan.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbir Putrajaya kerana anda berjaya melaksanakan satu tugas yang hebat,” ujarnya.

Putrajaya adalah cetusan idea Dr. Mahathir semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri Keempat.

Pusat pentadbiran itu pada asalnya dikenali sebagai Prang Besar dan dibangunkan menjadi pusat pemerintahan kerajaan pada 12 Oktober 1994.

Namun aktiviti pembinaan hanya bermula pada 16 April 1995. Kawasan berkeluasan 4,931 hektar itu dibangunkan dengan sebanyak RM20.5 bilion.

Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran kerajaan pada 1999 dan kemudian diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI