fbpx

Kakitangan agensi MoF jangan takut pada sesiapa – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bagi Bulan September di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kakitangan agensi di bawah Kementerian Kewangan (MoF) diingatkan supaya tidak gerun kepada sesiapa ketika menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Parkara berkenaan disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain beliau turut memberi jaminan akan mempertahan penjawat awam yang terus melakukan perkara betul.

“Kalau orang kaya dapat limpahan kekayaan begitu banyak, bersekongkol dengan kelompok elit untuk elak membayar cukai, jadi itu mendera rakyat.

“Jadi saya memberi jaminan baik kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) , LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), jalankan tugas saudara dengan profesional.

“Kalau ada rayuan munasabah, berikan pertimbangan mengikut proses yang biasa tapi jangan gerun dengan mana-mana nama tanpa kecuali,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI