fbpx

Jumlah peruntukan pembangkang tidak disebut kerana terma belum dipersetujui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah ketika sidang akhbar di Konvensyen Bantuan Guaman Pelajar Undang-Undang Malaysia 2024. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PETALING JAYA – Tindakan kerajaan tidak menyatakan jumlah peruntukan kepada pembangkang di dalam memorandum persefahaman (MoU) ialah berikutan terma perjanjian belum dipersetujui.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, jumlah peruntukan itu akan diumumkan apabila terma yang terkandung dalam perjanjian itu dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Katanya, keseluruhan perbincangan juga perlu dibuat menggunakan saluran yang betul iaitu secara rundingan, bukan bercakap terus kepada pihak media atau membuat perbincangan terbuka.

“Bila perundingan pertama sekali kita akan kemukakan draf dan sepatutnya tidak perlu pergi ke media, responslah pada draf itu. Nanti kita bincang sehingga bila kita setuju dan kita muktamadkan baru kita paparkan pada media.

“Kita serahkan pada mereka, saya belum terima respons rasmi daripada mereka,” katanya ketika sidang akhbar di Konvensyen Bantuan Guaman Pelajar Undang-undang Malaysia 2024 anjuran YTSPAI di Asian International Arbitration Centre, di sini hari ini.

Selain itu Fadillah menegaskan pihaknya tidak akan mendedahkan secara terperinci keseluruhan draf MoU terbabit kerana pihaknya lebih memilih untuk berunding dan membentangkan MoU terbabit sebaik sahaja dimuktamadkan.

Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertikaikan beberapa syarat yang didakwa dikenakan Kerajaan Perpaduan yang perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan seperti dituntut.

Katanya, antara yang menjadi syarat adalah pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15 dan perkara berkaitan bangsa, agama dan Raja-Raja (3R). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI