fbpx

Lima restoran popular tiada sijil halal Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA- Status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai surat tular bagi menjawab pertanyaan status halal beberapa premis makanan.

Katanya, untuk makluman, pertanyaan tersebut telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

“Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL Jakim, status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang SPHM.

Surat maklum balas yang memaparkan status beberapa premis makanan terlibat.

“Justeru, maklum balas yang disediakan oleh jabatan telah dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini tadi.

Katanya, berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia juga mendapati Ayam Penyet Best yang ada empat outlet mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Jabatan telah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui emel pada 2 September lalu pukul 11.36 malam iaitu hari sama diberi maklum balas atas pertanyaan diajukan.

“Untuk makluman pengguna, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak secara sendiri dan terus oleh pengguna di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI