fbpx

Jarak kelahiran sehingga 2 tahun paling terbaik rancang keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri disaran untuk menjarakkan kelahiran anak antara 18 hingga 24 bulan.

Ini kerana kongsi Public Health Malaysia (PHM) jarak tersebut adalah antara yang terbaik bagi pasangan untuk merancang keluarga.

Jelasnya, selepas cukup tempoh tersebut, pasangan boleh merancang kehamilan seterusnya.

“Merancang keluarga tidak semestinya bermaksud mengehadkan atau melarang mendapatkan anak.

“Sebaliknya, ia merujuk kepada perancangan yang bijak dan bertanggungjawab terhadap bilangan anak, jarak kelahiran dan serta masa yang sesuai untuk mempunyai anak,” kata PHM.

Selain itu katanya, perancangan juga harus dilakukan berdasarkan keadaan kesihatan, kewangan, dan kemampuan pasangan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI