fbpx

Jangan serang isteri kedua sebab dia dalam pantang – Abang Tesla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik Abang Tesla di Insta Storynya.

PETALING JAYA – Pempengaruh TikTok, Abang Tesla tampil mempertahankan isteri keduanya, Nursyafiqa Mohd. Hanafi agar tidak terus diserang oleh pengguna media sosial yang bertindak melemparkan kata-kata kesat.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, menerusi hantaran di Insta Storynya berkata, dirinya yang perlu dipersalahkan dan dilemparkan dengan kecaman, bukannya kedua-dua isterinya.

“Saya harap netizen kalau nak serang, nak melemparkan kata-kata kesat boleh lemparkan pada saya sahaja.

“Semua salah datang daripada saya dan jangan serang isteri nombor dua sebab dia dalam pantang lagi.

“Saya merayu untuk serang saya sahaja. Saya betul-betul merayu untuk lemparkan kesalahan tu pada saya sahaja,” tulisnya.

Semalam, isteri pertama kepada pempengaruh, Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina mandul oleh keluarga seseorang.

Menurut Nurmajdina, dia sudah lama berdiam diri sehingga semakin ramai yang mula menunding jari terhadap dirinya termasuklah mengganggu proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Perkongsian Nurmajdina itu ternyata mendapat perhatian ramai pihak dan rata-ratanya mengaitkan isu tersebut dengan madunya, Nursyafiqa.

Susulan itu, Abang Tesla juga memohon agar orang ramai terus memberikan kata-kata positif kepada isteri pertamanya, Nurmajdina atau lebih mesra disapa Kak Maj.

“Teruskan memberi kata-kata yang positif pada Kak Maj. Saya sanggup bersujud untuk minta maaf kalau saya menyakitkan hati kalian.

“Saya sanggup buat apa sahaja janji korang tak ganggu mental mereka berdua,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Abang Tesla pernah menjadi tumpuan orang ramai kerana memuat baik video dirinya sudah berkahwin kali kedua sehingga tular di media sosial.

Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI