fbpx

In Saff tawar hadiah cabutan bertuah RM100,000 sempena ulang tahun ke-10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fahmi (kanan) bersama lembaga pengarah In Saff pada majlis pelancaran cabutan bertuah bernilai RM100,000 bersempena sambutan ulang tahun ke-10 syarikat di Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – In Saff Travel & Tour Sdn. Bhd. (In Saff), salah sebuah syarikat pengurusan umrah yang terkenal dengan tawaran pakej umrah super ekonomi di bawah harga RM5,000, kini terus mencari kelainan dengan menawarkan hadiah cabutan bertuah sehingga RM100,000 kepada para pelanggannya.

Pengasas bersama syarikat, Mohd. Fahmi Mohd. Nawi berkata, hadiah lumayan itu ditawarkan kepada mereka yang membeli pakej umrah sebelum akhir tahun ini untuk fasa pertama cabutan yang diadakan pada bulan Januari tahun depan.

Menurut beliau terdapat dua lagi cabutan bertuah yang akan dibuat bagi memberi peluang kepada semua pelanggannya untuk mendapat manfaat daripada tawaran hadiah menarik itu.

“Kami lancarkan program khas ini bersempena ulang tahun ke-10 syarikat untuk pelanggan bertuah yang mendaftar dan terbang bersama kami.

“Ini adalah program sulung yang lakukan demi meraikan pe­langgan yang setia bersama kami sepanjang tempoh tersebut.

“Antara hadiah yang ditawarkan adalah tiga buah kereta model Proton Saga, motosikal, jongkong emas dan pakej menunaikan umrah. Cabutan pertama akan dilakukan pada Januari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cabutan bertuah tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut lembaga pengarah syarikat Aswadi Ali, Nik Fairul Irwan Nik Harun Aminarrashed dan Falaahuddin Ahmad Jasni.

Selain itu, Mohd. Fahmi menjelaskan, syarikat kini sedang mempromosikan pakej pelancongan dan umrah pada harga ‘super jimat’.

“Kami menyediakan pelbagai pakej yang disesuaikan untuk semua genap lapisan masyarakat yang berbeza status ekonomi.

“Oleh itu, tiada lagi alasan untuk masyarakat tidak dapat menunaikan umrah kerana kami sediakan semua jenis pakej.

“Pakej paling murah dan laris ketika ini adalah pakej umrah bernilai RM4,970 selama sembilan hari dan tujuh malam.

“Terdapat juga pakej umrah transit bernilai RM3,990 untuk enam hari dan tiga malam. Malah In Saff turut menyediakan pakej umrah 32 hari dan 30 malan bernilai RM7,970,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Fahmi menerangkan, syarikat mengunjurkan untuk menerbangkan lebih daripada 15,000 jemaah pada musim tahun baru hijrah ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI