SINGAPURA – Satu rakaman video menunjukan seorang wanita dipercayai berstatus ibu menggunakan kata-kata kesat untuk memarahi anaknya semasa mengajar matematik, lapor portal berita MSNews semalam.
Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, wanita itu juga menjerit kepada anak perempuannya.
Menurut pengguna seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @bluecat_ivu, kata-kata kesat tersebut berlaku selama sejam.
“Lebih baik kamu gunakan otak. Otak kamu tidak pernah bangun, ah?” bentak wanita tersebut.
Apabila pengguna TikTok itu cuba campur tangan dengan menyatakan bahawa pendekatan seperti itu tidak baik untuk kanak-kanak, wanita itu hanya memberitahunya supaya jangan masuk campur.
Video itu kemudian tular di platform Reddit di mana ia mencetuskan kecaman terhadap kaedah pengajaran ibu.
Ramai bersetuju bahawa daripada memupuk peningkatan, pendekatan itu hanya akan menekan anak itu dan menghakis harga dirinya. – AGENSI