PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga pukul 11 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, tiga negeri tersebut ialah Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim), dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat).
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Sabah (Tawau dan Semporna),” menurut hantaran MetMalaysia, hari ini.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE