PETALING JAYA – Hujan lebat, ribut petir serta angin kencang dilaporkan melanda beberapa kawasan sekitar Pantai Timur ketika ini dan dijangka berlarutan sehingga pukul 1 pagi nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam laporan cuaca di Facebook memaklumkan, antara kawasan yang terkesan di Kelantan adalah Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Bagi negeri Terengganu pula melibatkan Besut dan Setiu,” lapor MetMalaysia.
Sementara itu, cuaca buruk pada malam ini turut dilaporkan melanda sebahagian besar daerah di Sarawak, antaranya Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pekan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi).
“Di Sabah tertumpu sekitar Pedalaman (Nabawan),” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE.