fbpx

Honda biru buat hal, lari tanpa bayar piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik restoran tersebut meminta orang ramai membantunya mencari pemilik kereta Honda biru berkenaan. - Khaosod

BANGKOK – Pemilik sebuah kereta Honda kini diburu selepas melarikan empat kotak piza tanpa membayar kepada restoran, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku semalam di kawasan tumpuan ramai, Annex Alley, Bangkok.

Berdasarkan hantaran di laman Facebook, terdapat seorang pemandu dan penumpang di dalam kereta Honda berwarna biru itu ketika kejadian.

Meskipun pemilik restoran mengetuk tingkap kereta untuk meminta bayaran, kedua-dua mereka memecut pergi tanpa membuat pembayaran selepas memesan makanan itu.

“Kami mencari kereta tersebut dan meminta agar mereka kembali ke sini untuk membayar piza-piza yang dipesan.

“Jika anda mampu memandu kereta, pasti akan mampu membayar piza, bukan? 

“Jika ada sesiapa yang mengesan kereta tersebut, sila maklumkan kepada saya. Mereka membeli empat kotak piza bersaiz sederhana dari kedai bapa saya dan tidak membayarnya,” kata keterangan tersebut.

Hantaran tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Sangat mengecewakan apabila melihat perbuatan yang tidak menghormati pemilik perniagaan kecil seperti ini. Semoga mereka ditemui dan membayar hutang itu,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI