LANTANG menyuarakan pelbagai isu membabitkan industri hiburan Bollywood, terbaharu pelakon Kangana Ranaut tampil menempelak gejala yang ditutup selama ini iaitu gangguan seksual.
Katanya, gangguan seksual terhadap pelakon wanita terutama bakat baharu dalam dunia perfileman di India, ibarat mimpi ngeri yang masih berleluasa walaupun zaman sudah berubah.
Kelantangannya mewakili ramai penggiat seni lain tercetus selepas laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Hema Committee mendedahkan kes serangan seksual dilakukan beberapa aktor Malayalam, baru-baru ini.
Kangana yang aktif berpolitik itu juga menggesa hukuman berat dikenakan terhadap pesalah seksual sebagai pengajaran.