fbpx

EPL: Salah mahu nikmati musim terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH gemar beraksi di Old Trafford apabila sudah merekodkan tujuh gol daripada tujuh kunjungan berturut-turut. - LIVERPOOL FC

MANCHESTER – Pengurus Liverpool, Arne Slot enggan cepat melatah dengan kenyataan Mohamed Salah sejurus meraih kejayaan 3-0 ke atas Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford awal pagi semalam.

Ia susulan kenyataan bintang Mesir itu dalam sesi temu bual selepas perlawanan apabila mendakwa mahu menikmati musim terakhirnya di Anfield sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat The Reds.

Walaupun mengakui kualiti luar biasa yang dipamerkan Salah, Slot mahu bersikap lebih adil buat semua pemainnya yang dianggap bekerja keras untuk memastikan kemenangan bersih dalam tiga aksi awal EPL musim ini.

“Pada masa ini, dia (Salah) adalah salah seorang daripada kami dan saya begitu gembira untuk memilikinya dalam pasukan. Dia bermain dengan cukup baik tetapi saya tidak bercakap tentang kontrak pemain.

“Saya boleh bercakap untuk tempoh beberapa jam tentang prestasi Mo (Salah). Dia terus cemerlang, sama seperti dalam dua perlawanan yang lepas

“Jika bercakap tentang individu, saya tidak berlaku adil kepada pemain lain kerana saya fikir kamu sendiri sudah melihat prestasi baik daripada semua pemain dalam pasukan ini,” katanya.

Slot kini muncul pengurus Liverpool pertama dalam tempoh 88 tahun yang berjaya menang dalam penampilan pertamanya di gelanggang United selepas kali terakhir dilakukan oleh George Kay pada 1936.

Salah juga sudah meledak tujuh gol dalam tujuh perlawanan berturut-turut di Old Trafford dengan keseluruhan merakam 11 gol serta enam bantuan jaringan menentang United sekali gus menjadi pemain terbanyak melakukannya ke atas lawan itu dalam sejarah EPL – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI