fbpx

Dua warga asing dikaitkan kejadian beri sogokan dikesan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian membabitkan anggota polis didakwa mengambil sogokan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan dua warga asing yang dikaitkan dengan kejadian ditahan dan diambil sogokan oleh anggota polis dalam kejadian di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua anggota yang terbabit dengan kejadian itu, semalam dan hari ini.

“Kita sudah panggil keterangan dua anggota polis dan sekarang sedang kesan dua warga asing tersebut,” katanya hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan, satu siasatan dalaman berhubung video mendakwa dua anggota polis mengambil sogokan dari warga asing yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Pihak polis terkesan video tular kejadian itu di Telegram ‘Edisi Siasat’ pada pukul 5 petang, kelmarin.

Sehubungan itu, pasukan polis menegaskan tidak akan melindungi mana-mana anggota yang terlibat dalam salah laku atau perlakuan jenayah.

Terdahulu, tular di media sosial dua video memaparkan anggota polis sedang bersama dengan seorang lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan mencurigakan di daerah ini, di sini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI