fbpx

Dr. Mahathir bebas bersuara, tidak disekat ke mana-mana acara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. MAHATHIR

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan hari ini tidak menghalang atau menyekat Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada ‘bersuara’ (mengeluarkan kenyataan) atau hadir ke mana-mana acara.

Itu jelas Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil bagi menjawab dakwaan kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, sehingga ke hari ini, bekas Perdana Menteri itu masih boleh melakukan semua perkara tanpa sebarang sekatan dan halangan.

“Ala kesian Dr. Mahathir. Beliau masih boleh bersuara dan tidak ada sesiapa yang menghalangnya mengeluarkan kenyataan atau sesiapa menghalangnya untuk hadir ke mana-mana acara.

“Dia masih bebas bergerak, dia masih bebas hadir atau tidak dan dia masih bebas mengeluarkan kenyataan,” katanya pada sidang akhbar mingguan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI