fbpx

Cheah Liek Hou menang emas, Gold tayang semula di pawagam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Gold yang diadaptasi daripada kisah benar atlet badminton paralimpik negara bakal ditayangkan semula di pawagam terpilih negara.

PETALING JAYA – Meraikan kejayaan jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou pada Sukan Paralimpik Paris 2024, filem Gold bakal ditayangkan semula di beberapa pawagam terpilih.

Sebagai penghargaan, Astro Shaw membawa semula Gold bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia merasai kisah kejayaannya yang membawa pulang pingat emas pertama Malaysia.

Penerbit Eksekutifnya, Raja Jastina Raja Arshad berkata, kejayaan Liek Hou di Paris diraikan secara besar-besaran kerana membawa harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia.

“Sebagai rakyat Malaysia, kami amat berbangga dengan perjalanan luar biasa beliau dan semangat serta dedikasi yang menjadi inspirasi kepada kita semua,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Pengarah Gold, Andrian Teh bersama barisan pelakon turut menzahirkan ucapan tahniah buat Cheah Liek Hou di atas prestasi yang membanggakan itu.

Gold dibintangi pelakon Jack Tan sebagai Cheah Liek Hou, Farid Kamil (Rashid Sidek), Wan Raja (Misbun Sidek), Fabian Loo (Guan Ting) penyanyi popular sekitar 1990-an Freddie Ng, Josiah Hogan dan Daniel Cheah.

Filem ini mengisahkan perjalanan hidup Cheah sejak kecil iaitu ketika usaha pertamanya mengukuhkan nama dalam arena sukan nasional selepas didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb’s Palsy.

Kehilangan bapa sebagai penyokong kuat juga membuatkannya hilang arah namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI