fbpx

Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi fokus dua sektor utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang media sempena Pelancaran Kempen Kita Bagi Jadi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan memberi keutamaan kepada dua sektor iaitu telekomunikasi dan ekonomi kreatif dalam Belanjawan 2025.

Menurut Menterinya Fahmi Fadzil, perkara itu dijangka akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini.

“Sektor telekomunikasi itu antaranya akan melibatkan capaian internet terbaik di sekolah rendah hingga Institusi Pengajian Tinggi ( IPT).

“Pada masa sama kita juga akan memperkasakan ekonomi kreatif melibatkan pemain industri kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Kempen Kita Bagi Jadi oleh CIMB Bank Berhad (CIMB) dengan kerjasama MyCreative Ventures (MyCreative) dan Malaysian Philharmonic Youth Orchestra (MPYO) di Menara CIMB di sini hari ini.

Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sebut dalam beberapa acara ataupun forum untuk memastikan sekolah-sekolah dan IPT mendapat capaian Internet yang terbaik di dalam dan luar bangunan.

Sementara itu, Fahmi juga berkata pihaknya mahu meningkat ekonomi kreatif yang melibatkan My Creative Ventures dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Ekonomi kreatif ini tidak hanya dipelopori oleh pihak MYCV (MyCreative Ventures) tetapi juga Finas akan menjadi satu keutamaan.

“Usahan pihak kerajaan melalui inisiatif seperti Film in Malaysia Incentive ataupun FIMI menjana hasil yang cukup positif dan cukup baik.

Dalam pada itu, Kempen Kita Bagi Jadi dilancarkan sempena ulang tahun ke-100 CIMB dengan kerjasama MyCreative dan MPYO.

Kempen ini sebuah gerakan sosial yang menyebarkan sikap positif dan memupuk semangat daya tahan dalam kalangan rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI