fbpx

433 ketua kampung diberi latihan awal kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun (tengah) bersama sebahagian pengerusi JPKK yang menerima sijil penubuhan CDA-ERT di Seremban hari ini.-FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Kesemua ketua kampung di negeri ini akan dilengkapi kemahiran latihan tindak balas awal oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi berhadapan sebarang kejadian kecemasan termasuk bencana di kampung masing-masing.

Latihan tersebut menerusi penubuhan pasukan Civil Defence Auxiliary Member – Emergency Response Team (CDA-ERT) yang membabitkan secara berperingkat ke pada semua pengerusi dan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sehingga kini, latihan berkenaan telah diberikan yang melibatkan 51 buah kampung dan akan disusuli dengan fasa latihan seterusnya selepas ini.

“Latihan ini bagi memastikan ketua-ketua kampung ataupun pengerusi JPKK Oni dan jawatankuasanya memahami dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila sesuatu perkara perkara kecemasan berlaku sebelum kehadiran pasukan penyelamat lain.

“Latihan asas ini diberikan oleh APM kepada mereka, latihan ini hanyalah bagi peringkat awal, tidak lah sampai memerlukan mereka berenang atau menyelam, tidak sampai ke situ, tetapi mereka hanya dilatih seperti bagaimana untuk mengawal penduduk ketika berlaku bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JPKK Negeri Sembilan Bagi Penggal 2023-2025 dan Penyampaian Sijil Penubuhan CDA-ERT di sini hari ini.

Menteri Besar juga berharap, dengan tertubuhnya pasukan tindak balas kecemasan itu, ia dapat memberi peluang untuk urusan menyelamatkan lebih banyak harta benda dan mengurangkan kerugian yang dialami oleh mangsa dilakukan.

Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, penubuhan CDA-ERT tersebut bukanlah bermaksud JPKK mengambil tugasan pihak keselamatan.

“Sememangnya mereka berada di dalam kawasan dan adalah orang yang paling terdekat untuk diharap memberikan bantuan awal terhadap sebarang kecemasan
Itu sebabnya kerajaan negeri bersama-sama dengan APM memberikan latihan kepada JPKK untuk menjadi sebahagian daripada Ahli ERT.

“Ini kerana JPPK memang berada di dalam kampung, cukup faham akan selok belok kampung, dan sepatutnya mengenali kesemua penduduk di dalam kampung mereka. Jadinya JPKK adalah individu atau kumpulan yang paling tepat untuk memainkan peranan dan fungsi ERT ini,” katanya lagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI