fbpx

34,000 akaun milik scammer dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Bank Komersial Siam, Bangkok - Foto AFP

BANGKOK  – Persatuan Jurubank Thailand (TBA) menyenarai hitam  seramai 15,000 warga tempatan dan menggantung 34,000 akaun bank yang  digunakan oleh pusat panggilan scammer, lapor portal berita Nation of Thailand semalam. 

Pengerusi TBA, Payong Srivanich berkata, sistem Fail Rujukan Silang (CRF) di internet yang dibangunkan oleh persatuan itu telah mengenal pasti lebih 15,000 individu terlibat dalam pengubahan wang haram.

Beliau berkata, TBA menjangkakan sistem CRF  dipacu oleh kecerdasan buatan (AI)  itu akan mendorong lebih banyak akaun bank disyaki milik keldai akaun dibekukan.

Sistem itu mengkaji maklumat yang diberikan oleh bank perdagangan sejak sembilan bulan lalu, sebelum mereka mula berkongsi data melalui sistem CFR di internet pada bulan lepas.

Payong berkata, semua bank perdagangan akan menggunakan maklumat yang disediakan oleh sistem CFR dan Pejabat Pencegahan Pengubahan Wang Haram untuk menyenarai hitam akaun bank yang disyaki milik keldai akaun.

Akaun tersebut juga berdepan tindakan dibekukan atau ditutup.

Timbalan Gabenor Bank Pusat Thailand,  Ronadol Numnonda berkata, selepas sistem CFR digunakan pada 1 Ogos lalu, semua bank perdagangan mula aktif bertukar-tukar maklumat untuk membantu memerangi aktiviti scammer.

Ronadol berkata, sistem itu membolehkan bank mengenal pasti pemilik akaun disyaki keldai akaun dengan cepat.

Akaun tersebut akan disekat dan individu terbabit akan dihalang daripada membuka akaun baharu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI