fbpx

129 maut cubaan lari dari penjara di DRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 2013 menunjukkan askar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berada di luar Penjara Makala di Kinshasa, DRC. – AGENSI

KINSHASA – Sekurang-kurangnya 129 orang terbunuh semasa percubaan melarikan diri dari  penjara  terbesar di Republik Demokratik Congo(DRC), kata Menteri Dalam negeri DRC,  Jacquemain hari ini.

“Jumlah korban ialah 129 orang termasuk 24 yang ditembak selepas amaran dikeluarkan,” kata Shabani dalam satu siaran video.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 59 yang lain cedera dalam kejadian di Penjara Makala itu  di ibu negara DRC, Kinshasa.

Kementeriannya berkata, sebilangan mangsa mati akibat rempuhan atau lemas dan beberapa wanita telah dirogol.

Beberapa saksi memberitahu AFP tembakan bermula di penjara itu kira-kira pukul 2.00 pagi (waktu tempatan) semalam dan berlarutan selama beberapa jam.

Seorang juruelektrik berusia dalam lingkungan 40-an di Kinshasa, Daddi Soso  melaporkan melihat kenderaan-kenderaan  pasukan keselamatan membawa pergi sebilangan mayat pada waktu awal pagi.

Pihak berkuasa tidak memberikan sebarang petunjuk tentang berapa ramai banduan yang melarikan diri atau cuba berbuat demikian, tetapi menjelang tengah hari semalam, jurucakap kerajaan, Patrick Muyaya memberitahu stesen televisyen pemerintah bahawa  keadaan kini terkawal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI