fbpx

‘Tertinggal kunci kereta, balik rumah naik apa?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan milik pengunjung yang tertinggal semasa penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2024.

PETALING JAYA – MyKad, kad bank, kunci kereta dan telefon bimbit antara 45 barangan penting milik pengunjung yang ditemui tertinggal semasa penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2024 pada 22 Ogos hingga semalam, di Persisiran Tasik Presint 2 Putrajaya.

Gambar barangan tersebut dimuat naik oleh pentadbir Facebook Perbadanan Putrajaya (PPj), sekali gus mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai lebih-lebih lagi mereka yang tertinggal kunci kereta.

Rata-rata pengguna tertanya-tanya sama ada pengunjung tersebut pulang ke rumah untuk mengambil kunci pendua terlebih dahulu, sebelum berpatah kembali ke penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2024 bagi mengambil kereta mereka.

“Masalahnya, benda lain tak apa lagi. Kunci kereta tu,” komen Nor Muhammad Taufik pada Facebook PPj.

“Kunci kereta tu, rasa-rasa depa (mereka) balik naik apa ya? Hehehe, pergi ambil kunci pendua la kot ya?,” soal Nurul Fazaly.

“Yang tertinggal kunci kereta mesti dia balik naik teksi air,” kata Muhammad Shahrom Redzuan Sapian secara berjenaka.

Dalam pada itu, ramai yang memuji PPj kerana menyimpan dan memuat naik gambar di Facebook supaya pengunjung peka mengenai kehilangan barangan mereka.

Sementara itu, pemilik yang kehilangan barangan tersebut boleh membuat tuntutan bermula esok hingga 8 September di Kaunter Informasi Taman Botani Putrajaya, Presint 1 bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang 5 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI