fbpx

Tanah jerlus Jalan Masjid India: ‘We lost the battle but we won the war’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozihan Anwar (gambar kecil).

PETALING JAYA – Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengakui meskipun pengakhiran operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur bukan seperti diinginkan, namun semua anggota terlibat telah membuat yang terbaik.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat berkata, secara purata seramai 150 anggota penyelamat ditugaskan setiap hari dalam operasi itu.

“Kesimpulan yang saya boleh buat selama sembilan hari ini, kita ‘lost the battle but we won the war’ (kalah dalam pertempuran tapi menang dalam peperangan) di mana operasi pada hari ketujuh itu kita memang ‘all out’ (cuba sedaya upaya) tetapi kita tewas.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan penyelamat yang terlibat,” katanya dalam wawancara program Malaysia Hari Ini, pagi tadi.

Mengulas lanjut, Rozihan Anwar berkata, cabaran bermula pada hari kedua apabila insiden tanah jerlus itu mendapat liputan dunia khususnya di India.

“Kita perlu lihat pelbagai aspek, strategi dan taktikal yang diatur dalam operasi SAR berkenaan supaya tindakan diambil itu tidak dipertikaikan.

“Pasukan penyelamat turut membuat perbincangan teliti pada setiap malam sebelum kita memulakan operasi pada keesokan hari,” ujarnya.

Selain itu, kata Rozihan Anwar, cabaran besar yang dihadapi pasukannya ketika itu adalah ‘golden time’ (peluang) dalam operasi SAR tersebut.

“‘Golden time’ ini bermaksud dalam tempoh 24 jam, kita hanya ada dua jam untuk memaksimumkan operasi SAR bermula pukul 2 pagi hingga 4 pagi.

“Pada pukul 2 pagi, paras air dalam saluran mula menurun, sejam kemudian paras air terendah, paras air mula naik pada pukul 4 pagi,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) merumuskan operasi SAR dengan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, perkara itu dirumuskan selepas selaman oleh dua penyelam skuba tidak berhasil.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan operasi SAR yang memasuki hari kesembilan ditamatkan serta-merta atas faktor keselamatan semua pihak.

Dr. Zaliha berkata, tindakan selanjutnya di lokasi kejadian tanah jerlus itu akan diteruskan dengan proses pemulihan (search and recovery).

Dalam insiden pada 23 Ogos lalu, mangsa iaitu G Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh akibat kejadian tanah jerlus ketika berjalan kaki di lokasi terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI