fbpx

Syarikat milik warga Jordan didakwa gagal kemuka SST-02, bayar cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pemilik Syarikat Zamzam Arabic Food Holding Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas kesalahan lewat mengemukakan penyata SST-02 dan gagal membayar cukai di Kuantan.

KUANTAN – Dua pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan lewat mengemukakan penyata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST-02) dan gagal membayar cukai perkhidmatan bernilai lebih RM200,000 termasuk penalti.

Syarikat Zamzam Arabic Food Holding Sdn. Bhd. dan Rami Ahmad Mohammad Alsa’bi, 47, serta Mohammad Ahmad Mohammad Alsa’bi, 55, yang merupakan warga Jordan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Syarikat Zamzam Arabic Food Holding bersama Rami Ahmad dan Mohammad Ahmad bersama-sama sebagai orang kena cukai di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018 didapati lewat mengemukakan penyata SST-02 kepada Ketua Pengarah Kastam di bawah Seksyen 26(6)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

Kesemua tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 26(7) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807) dan Seksyen 26(8) akta sama kerana gagal membayar cukai perkhimatan pada masa yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah Kastam di bawah Sekyen 26(4) akta sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota di sini antara September 2019 dan Ogos 2023 membabitkan nilai cukai RM7,791 hingga RM23,899 dengan nilai keseluruhan termasuk penalti sebanyak RM209,080.34.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang, Norhafizah Ahmad Razali, manakala tertuduh diwakili peguam, Shahidan Baharom.

Shahidan mewakili anak guamnya akan mengemukan representasi kepada pihak jabatan bagi menyemak semula kesemua pertuduhan yang kemukakan pihak pendakwaan. Hakim menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI