fbpx

Sindiket dadah RM1 juta didalangi suami isteri dilumpuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (tiga dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah jenis pil yaba dan erimin hasil rampasan sindiket didalangi suami isteri pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sindiket pengedaran dadah disyaki didalangi sepasang suami isteri berjaya dilumpuhkan polis bersama rampasan lebih RM1 juta, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 37 tahun tersebut diberkas dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kubang Ikan, di sini pada pukul 1 petang.

Beliau berkata, serbuan terbesar di Terengganu pada tahun ini berkenaan berjaya menemui 5.7 kilogram (kg) pil yaba bernilai RM720,000 dan 631.9 gram dadah jenis erimin bernilai RM48,000 yang mampu membekalkan 48,000 penagih di negeri ini.

“Kereta jenis Volkswagen Golf dan Honda Jazz, sebuah motosikal Yamaha RXZ, Honda Vario dan dua buah Yamaha Y15ZR serta satu unit topi keledar Shoei milik suami isteri itu turut dirampas.

“Selain, serbuan tersebut menyita barang kemas berupa gelang dan cincin serta wang tunai RM79,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, risikan percaya sindiket didalangi suami isteri tersebut baharu aktif dalam aktiviti pengedaran dadah pada awal tahun ini.

Tambah beliau, ujian urin mendapati peniaga dan isterinya yang merupakan suri rumah bebas pengaruh dadah selain mereka juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI