fbpx

‘Siapa legenda JDT itu? Apa kaitan dengan anak aku jaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita berang apabila sebilangan pihak melabel kejayaan anak sulungnya turut dipacu bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak yang merupakan pemain bola sepak JDT.

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini berang apabila kejayaan anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 15, memecahkan beberapa rekod Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024 baru-baru ini dikaitkan dengan bekas suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Lebih membuatkan rasa amarahnya kian meledak apabila sebuah portal melabel pemain bola sepak itu sebagai ‘legenda’ kelab bola sepak ternama tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Siapa legenda JDT itu? Celah mana? Apa kaitan degan anak yang aku jaga.

“Saja nak viral cara jahat. Aku penat bela sejak kecil, tiba tajuk (berita): ‘anak legenda JDT’. Kepala hatok hang,” luahnya menerusi Instagram Story.

Terdahulu, anak sulung Rita, Airit Rayyan meraih pujian ramai apabila bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, dia juga hebat dalam bidang sukan apabila memecahkan rekod acara balapan Kejohanan Olahraga MSSD Sabak Bernam 2024.

Airit berjaya memecahkan rekod acara 100 meter (m) kejohanan tersebut yang berusia 20 tahun.

TANGKAP layar perkongsian Rita dalam Instagram yang berang apabila sebuah portal tempatan menggunakan tajuk yang didakwanya sangat tidak munasabah.

Kongsi Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, Airit yang merupakan pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar mencatatkan rekod baharu kejohanan dengan catatan masa 11.44 saat (s).

Selain itu, Airit juga berjaya memecahkan rekod kejohanan sama menerusi acara 200m dengan catatan 23.81s.

Terdahulu, anak kesayangan pelakon filem Mami Jarum itu juga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester di MRSM Sungai Besar.

Dia juga pernah menerima Anugerah Pengetua yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun berpisah pada September 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI