fbpx

Semua mangsa nahas helikopter di timur Russia terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar edaran saluran Telegram rasmi Kementerian Kecemasan Russia semalam  menunjukkan keadaan lokasi nahas helikopter Mi-8 di Kamchatka. - AFP 

MOSCOW – Perkhidmatan kecemasan Russia mengesahkan bahawa tiada mangsa selamat dalam nahas helikopter yang membawa 22 orang di kawasan paling timur negara itu, lapor agensi berita United Press International.

Serpihan helikopter yang dilaporkan hilang kelmarin itu ditemui semalam, demikian menurut Kementerian Kecemasan Russia sambil menambah, 17 mayat ditemui pada petang semalam (waktu tempatan).

Tiada penumpang yang selamat, lapor agensi berita TASS.

Helikopter Mi-8 yang dimiliki oleh syarikat Vityaz-Aero, baru berlepas berhampiran gunung berapi purba, Vachkazhets di Semenanjung Kamchatka ketika kejadian.

Ia dalam penerbangan ke kampung Nikolayevka, kira-kira 74 kilometer ke arah timur, lapor TASS.

Tambahnya, helikopter itu terhempas ke atas bukit ketika terbang dalam cuaca buruk, manakala jarak penglihatan rendah, hujan renyai-renyai dan kabus melanda wilayah Kamchatka.

“Menara kawalan terputus hubungan dengan helikopter itu pada pukul 4.15 petang (waktu tempatan), kelmarin,” kata Gabenor Kamchatka, Vladimir Solodov.

Sumber kementerian pula berkata, dalam keadaan penglihatan yang lemah, helikopter itu terhempas ke sebuah bukit. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI