fbpx

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 luar biasa, semarak semangat rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, kelmarin. Foto FACEBOOK ANWAR.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya, kelmarin sebagai satu penganjuran luar biasa selain menyemarak semangat rakyat.

Susulan itu, Anwar berkata, beliau mahu merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat pada acara sambutan itu yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Bersyukur sambutan Hari Kebangsaan 2024 begitu menyemarak semangat rakyat, saya perhatikan sambutan itu hebat dan luar biasa di seluruh negara.

“Acara sambutan itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah di mana menampakkan satu semangat yang mengesankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini tadi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pada masa sama, kakitangan yang bertugas di JPM turut terikat dengan sambutan itu di mana turut terlibat dengan beberapa acara utama.

“Kemudian anak sekolah dan institusi pengajian tinggi, kemudian petunjukkan pertahanan kita, darat, laut dan udara itu sangat menakjubkan.

“Saya lihat sambutannya dan komen dalam dan luar negara, itu sangat luar biasa. Saya juga lihat kibaran bendera di seluruh negara (termasuk) Sepanyol, Paris dan beberapa negara lain,” katanya.

Kata Anwar, beliau juga turut melahirkan rasa syukur dengan keamanan dinikmati negara selain semangat ditampilkan rakyat di mana ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak malap dan lembap.

“Jadi, kita manfaatkan ini untuk yakinkan diri kuta, jadi akhirnya akan memberi manfaat kepada negara iaitu memperbaiki prestasi dalam segala bidang.

“Sebab itu dalam doa kita sebut ‘islah’ kerana semangat ini tidak selalu jadi. Kita sambut 67 tahun merdeka, tidak setiap tahun semangat itu sama, kerana penglibatan anak-anak kita, kita berupaya buat sesuatu lebih baik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI