fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, empat negeri tersebut ialah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap), dan Pahang (Pekan dan Rompin).

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut melibatkan Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi),” menurut hantaran MetMalaysia, hari ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI