fbpx

Remaja 13 tahun maut motosikal rempuh kereta sedang belok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dan kereta yang terlibat kemalangan berhampiran Masjid Charuk Puteh di Jalan Baling-Tanjung Pari, Baling, hari ini.

BALING – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Masjid Charuk Puteh di Jalan Baling-Tanjung Pari, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 tengah hari itu, mangsa Muhammad Eiman Akiff Ismail, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu suri rumah berusia 33 tahun berhenti untuk membelok ke simpang sebelah kanan jalan.

“Semasa kereta sedang membelok, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR datang dari arah belakang telah memotong sebelum merempuh Toyota Vios tersebut.

“Mangsa hilang kawalan akibat perlanggaran itu lalu terbabas dan melanggar penghadang besi sebelah kanan jalan arah ke Baling. Remaja itu tercampak dan parah di kepala,” katanya, di sini hari ini.

Kata beliau, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Siong terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala kerana ketika kejadian mangsa tidak memakai topi keledar.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI