fbpx

Rasuah kuota haji rampas hak orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perbuatan memberi rasuah untuk mendapatkan kuota dan permit haji adalah salah dan diharamkan oleh syarak, malah perbuatan ini juga merampas hak orang lain secara zalim.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mendapatkan kuota dan permit untuk menunaikan haji adalah termasuk dalam syarat wajib haji al-istita‘ah.

“Oleh itu, mereka yang tidak berjaya mendapatkannya tidak diwajibkan untuk mengerjakan haji.

“Kami menasihatkan agar menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan permit haji dan bukan dengan cara yang salah seperti rasuah,” katanya menerusi aplikasi Alinarah.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pengirim mengenai hukum membayar sejumlah wang dan tidak menggunakan saluran yang betul bagi mendapat kuota menunaikan haji.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, sebagai seorang Muslim, adalah penting untuk menjauhi segala perkara yang dilarang oleh syarak, terutamanya ketika ingin melaksanakan ibadah mulia seperti haji.

Katanya, tindakan memberikan sejumlah wang kepada pihak menguruskan haji tanpa melalui saluran yang betul untuk mendapatkan kuota dan permit haji adalah termasuk dalam kategori rasuah.

“Tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang negara, bahkan merupakan perbuatan yang haram menurut syarak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI