fbpx

Projek baiki bangunan daif di sekolah telan belanja RM1.12 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD MASLAN (kanan) meninjau kerja pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu (SKKM), Kluang hari ini.

KLUANG – Sebanyak RM1.126 billion peruntukan dibelanjakan untuk menaik taraf 77 projek bangunan daif di sekolah-sekolah seluruh negara bagi tahun 2023 dan 2024.

Daripada jumlah itu, 46 projek pembinaan semula dilakukan pada tahun 2023 dengan perbelanjaan berjumlah RM541.8 juta manakala 31 projek bagi tahun 2024 menelan kos RM548.7 juta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bagi projek tahun 2023 terbahagi kepada beberapa fasa iaitu lapan untuk fasa reka bentuk, fasa pembinaan 32 manakala masing-masing dua bagi fasa siap dan perolehan.

“Pembinaan kantin di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu (SKKM) dan Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1 adalah merupakan projek-projek pembinaan semula bangunan daif dibawah Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKM).

“Kos yang digunakan untuk membangunkan sebuah kantin, bilik rehat guru dan laluan pejalan kaki di SKKM ini adalah berjumlah RM2.28 juta,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu di di sini hari ini.

Menurut Ahmad Maslan lagi, projek yang bermula 18 Julai baru-baru ini dijangka siap sepenuhnya pada November 2025 dan perjalanan kerja pembinaan sudah mencapai tiga peratus iaitu awal enam hari daripada waktu ditetapkan.

Ujarnya, apabila siap nanti, keluasan kantin ini akan mampu menampung kira-kira 400 orang murid iaitu bersamaan satu sesi persekolahan dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 873 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI