fbpx

Populasi rakyat Malaysia menurun kepada 1.6 anak setiap wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi PHM di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Populasi kelahiran bagi setiap wanita di Malaysia pada tahun 2022 telah menurun kepada 1.6 iaitu jauh di bawah paras penggantian iaitu 2.1.

Public Health Malaysia (PHM) berkata, jumlah tersebut jauh berbeza berbanding pada tahun 1980 iaitu 4.9 anak per wanita.

Jelasnya, hanya penduduk di Terengganu, Kelantan, dan Pahang masih menghasilkan bayi yang mencukupi untuk mengekalkan populasi mereka dengan 2.5 anak per wanita.

“Negeri seperti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur menunjukkan kadar kesuburan yang sangat rendah pada tahun 2022, dengan masing-masing 1.2 dan 1.4 anak per wanita,” kongsi PHM di laman Facebooknya.

Mengulas lanjut, PHM berkata, bilangan anak yang terlalu rendah boleh menyebabkan penurunan populasi.

Selain itu, ia menyebabkan peningkatan jumlah warga emas dan tekanan terhadap sistem sokongan sosial.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan semula dasar-dasar keluarga, sokongan kepada ibu bapa dan cara kita boleh mencipta persekitaran yang lebih mesra keluarga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI