fbpx

Penerbangan dilencong kerana ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - AFP

NEW DELHI – Sebuah penerbangan syarikat IndiGo dari Jabalpur ke Hyderabad, India terpaksa dilencongkan berikutan ancaman bom palsu yang diterima, lapor laman berita The Hindu semalam. 

“Penerbangan 6E 7308 yang dalam perjalanan dari Jabalpur ke Hyderabad, dilencongkan ke Nagpur berikutan ancaman bom. Setelah mendarat, semua penumpang selamat diturunkan dan pemeriksaan keselamatan segera dilakukan. 

“Bantuan serta minuman turut diberikan kepada semua penumpang dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan,” kata syarikat penerbangan itu tanpa menjelaskan ancaman tersebut. 

Pesawat jenis ATR 72-600 itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Jabalpur pada pukul 8.07 pagi (waktu tempatan) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad pada pukul 9.55 pagi (waktu tempatan). 

Bagaimanapun, ia  mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dr Babasaheb Ambedkar di Nagpur pada pukul 10.16 pagi (waktu tempatan). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI