fbpx

Penantian pembeli projek terbengkalai Selayang Star City kini berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek 168 Park Selayang yang kini bakal diduduki pembeli selepas menunggu sehingga lapan tahun.

PETALING JAYA – Penantian pembeli projek perumahan yang terbengkalai selama lapan hingga 10 tahun bagi projek Selayang Star City dan kini dipulihkan semula serta dikenali sebagai 168 Park Selayang bakal berakhir selepas me­nerima surat pengesahan daripada pemaju pada 30 Ogos lalu.

Sebanyak 660 unit di Blok C di bangunan 168 Park Selayang yang terdiri daripada unit ko­mersial dan designer suite itu kini siap sepenuhnya dan sedia untuk diduduki.

Pengarah Pembangunan Perniagaan 168 Park Selayang Sdn Bhd. (168 Park Selayang), Lorenz Tong berkata, ini adalah satu kejayaan besar untuk projek sulung syarikat.

“Kami mengambil alih projek yang sebelum ini telah terbengkalai.

“Walaupun kepakaran kami adalah dalam bidang pembinaan, bukan dalam pembangunan hartanah tetapi kami amat berbesar hati dapat memenuhi tarikh ­akhir penyerahan 660 unit di Blok C seperti yang dijanjikan.

“Bagi pembeli yang terjejas, penantian mereka kini berakhir,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Syarikat pemaju 168 Park Selayang telah ditubuhkan oleh pengasas Infra Segi Sdn. Bhd. pada tahun 2021, selepas syarikat itu dilantik oleh Mahkamah Tinggi untuk memulihkan projek Selayang Star City yang telah terbengkalai pada tahun 2016.

Di bawah perintah pengurusan kehakiman (JMO), Blok C 168 Park Selayang akan merangkumi unit-unit yang dikhususkan untuk semua pembeli yang terjejas bagi projek Selayang Star City yang terbengkalai.

Tong menerangkan, menjadi amalan biasa apabila sesuatu projek pembangunan itu dibangunkan semula, pembeli akan diminta untuk menambah nilai harga pembelian asal, apabila sudah melewati beberapa tempoh tertentu.

“Bagaimanapun, kami memutuskan untuk tidak meletakkan beban ini kepada pemilik unit yang terjejas,” jelas Tong.

Tambah beliau, di bawah JMO, unit-unit yang terjejas itu hanya perlu dibina mengikut spesifikasi dalam perjanjian jual beli (S&P) asal.

Namun, 168 Park Selayang membuat keputusan untuk me­laksanakan beberapa naik taraf kepada unit-unit yang terjejas.

“Dalam S&P asal, kawasan lantai dalaman tertentu dan balkoni hanya diliputi dengan simen sahaja, tetapi kami telah menaik taraf kawasan tersebut dengan jubin.

Mengulas lanjut, Tong menyatakan bahawa beberapa ciri kemudahan telah dinaik taraf daripada 12 kepada 26 ciri termasuk lobi lif untuk Blok C.

Keseluruhan fasa, yang pada asalnya direka dengan blok konkrit licin, kini dinaik taraf kepada jubin semburan untuk penampilan yang lebih moden. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI