fbpx

Pembangkang belum buat keputusan setuju atau tidak – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

KAJANG – Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan beliau telah menerima Draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang pada 6 Ogos lalu.

Menurut beliau, blok pembangkang sedang meneliti draf daripada kerajaan tersebut dan keputusan sama ada mereka akan bersetuju atau tidak dengan draf itu dijangka diputuskan sebelum sidang Parlimen akan datang.

“Terdapat obligasi (perlu dipenuhi) pembangkang dalam MoU ini dan jumlah (peruntukan) nak beri tidak sebut. Saya rasa dalam bulan September ini kita buat keputusan iaitu sebelum sidang Parlimen.

“Surat ini bertarikh 1 Ogos lalu, tetapi saya terima pada 6 Ogos,” katanya pada sidang media sempena Sidang Kemuncak SG4 di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 3 Ogos lalu memaklumkan, Draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang telah siap dan sedia untuk diserahkan.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, beliau berasa pelik dengan MoU berkenaan memandangkan peruntukan itu adalah wajib kerana pembangkang juga merupakan Ahli Parlimen.

“Zaman dulu (kerajaan terdahulu) pun kita bagi (peruntukan) pada Ahli Parlimen (pembangkang), tetapi ada sebut tujuh prinsip, tuturan kebencian, hasutan kebencian mengenai 3R (agama, kaum dan raja) yang termasuk dalam memorandum ini.

“Kenapa nak minta Ahli Parlimen yang bukan anggota pentadbiran (kerajaan) isytihar harta. Ini kita tak faham. Zaman Perdana Menteri terdahulu, pengisytiharan harta dalam kalangan anggota pentadbiran.

“Dia sampai ke peringkat MoU ini berkuat kuasa sehingga akhir penggal ke-15. Kami belum putuskan lagi boleh terima atau tidak. Apa kena mengenai peruntukan Ahli Parlimen dengan tempoh akhir Parlimen kena sokong kerajaan sampai keakhirnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI