fbpx

Pelanggan hotel lapor polis minum kopi ‘berperisa lipas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan bangkai lipas yang ditemui di dalam kopinya. - Republic 

NEW DELHI – Seorang lelaki membuat laporan polis ke atas beberapa pekerja sebuah hotel di Malad, Mumbai selepas menemui seekor lipas di dalam kopinya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Pratik Rawat, 25, dikatakan sedang menikmati kopi sejuk yang dihidangkan di dalam gelas sebelum menemui ‘sesuatu’ yang aneh. 

Selepas membuat pemeriksaan, dia terkejut apabila objek tersebut didapati adalah bangkai lipas. 

Dia kemudian menunjukkan lipas itu kepada rakannya sebelum merakam gambar dan melaporkannya kepada pekerja hotel. 

Bagaimanapun, pengurus hotel menafikan lipas itu datang dari kafenya, sebaliknya hanya membuang serangga itu ke dalam besen.

“Saya sudah menghabiskan kira-kira 70 peratus kopi tersebut sebelum menyedari kewujudan serangga itu. 

“Kejadian ngeri itu ‘menghantui’ saya sepanjang malam, menyebabkan saya terjaga dan kerap muntah,” kata Pratik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI