fbpx

Paralimpik Paris: Kar Gee terlepas gangsa saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASIB tidak menyebelahi Kar Gee apabila terlepas untuk meraih pingat gangsa pada lompatan terakhir. - AFP

KUALA LUMPUR – Atlet lompat jauh para negara, Wong Kar Gee terlepas peluang menaiki podium Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas ‘tercicir’ pingat gangsa pada saat akhir dalam aksi final T12 (kecacatan penglihatan) sebentar tadi.

Kar Gee, 33, berada di kedudukan tempat ketiga sepanjang lima pusingan dengan catatan terbaik 6.85 meter (m) dilakukan sewaktu lompatan pertama pada aksi di Stade de France, Saint-Denis itu.

Bagaimanapun, hasrat untuk membawa pulang pingat dalam penampilan pertamanya di pentas Sukan Paralimpik tidak kesampaian selepas kedudukannya dipintas pada lompatan terakhir oleh atlet Argentina, Vazquez Fernando.

Fernando berjaya melakukan lompatan sejauh 6.88m, 0.03m lebih jauh daripada catatan dilakukan Kar Gee sekali gus menghalang impian atlet dari Sabah itu untuk menghadiahkan pingat kedua buat kontinjen negara di bumi Paris kali ini.

Pingat emas acara tersebut dirangkul oleh atlet Azerbaijan, Said Najafzade dengan lompatan sejauh 7.27m, manakala perak dimenangi Doniyor Saliev dari Uzbekistan menerusi catatan 7.16m.

Sebagai rekod, Kar Gee pernah memenangi pingat perak dan gangsa di pentas Kejohanan Olahraga Para Dunia  selain turut mencipta rekod perbadi musim ini dengan catatan 7.05m dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun pada Mei Lalu.

Setakat hari ini, kontinjen olahraga negara telah mengumpul satu pingat gangsa menerusi Eddy Bernard dalam acara 100m lelaki T44 (kecacatan fizikal) semalam dan seterusnya penantian pingat kini tertumpu kepada Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI