fbpx

Paralimpik Paris: Eddy sumbang pingat pertama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EDDY (kanan) memastikan Malaysia meraih pingat pertama pada Paralimpik Paris selepas memenangi gangsa dalam acara 100m T44. - MPM

KUALA LUMPUR – Kontinjen negara menuai pingat pertama pada Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi pelari pecut, Eddy Bernard yang meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter (m) lelaki T44.

Pada aksi final yang berlangsung di Stade de France, Paris awal pagi tadi, atlet berusia 23 tahun itu memulakan saingan dengan cukup baik sebelum kehilangan momentum dan menamatkan saingan menerusi catatan masa 11.58 saat (s).

Lebih menarik, dia yang melakukan penampilan pada temasya sukan terbesar dunia itu turut meleburkan rekod Asia 11.75s milik atlet Sri Lanka, Indika Gamage yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun Mei lalu.

Dalam pada itu, pingat emas menjadi milik atlet Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo yang melakukan catatan terbaik musim ini 11.12s manakala perak dimenangi Yamel Vives dari Cuba dengan 11.20s.

Sebagai rekod, catatan 11.58s yang dilakukan Eddy itu sekali gus menjadi catatan peribadi terbaik (PB), memadam catatan 11.77s ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024.

Pingat gangsa yang dimenangi pelari kelahiran Sabah itu menyaksikan Malaysia berada dalam carta kutipan pingat dengan menduduki tangga ke-60 keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI