fbpx

MOT tunggu laporan lengkap MAB insiden pesawat berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) masih menunggu laporan lengkap daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB) berhubung masalah teknikal terbaharu membabitkan pesawatnya, MH66 yang berpatah balik dalam kejadian tengah malam tadi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan syarikat penerbangan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut.

Minggu lalu, MOT mendedahkan, masalah komponen mekanikal merupakan antara isu signifikan yang menyumbang kepada beberapa insiden teknikal membabitkan pesawat MAB seperti dilaporkan sejak akhir- akhir ini.

Selain itu, syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara pesawat MAB, MAB Engineering Services (MABES) juga didapati kekurangan pekerja mahir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI