PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat ribut tropika kuat (Yagi), yang dikesan berlaku kira-kira 1,180 kilometer (km) timur laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 16.1 utara dan longitud 122.2 timur, kira-kira 92 km Tenggara Santiago, Filipina.
Berdasarkan pencerapan pada 2 petang, jabatan itu memberitahu ribut tropika berkenaan bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 74 km/j.
Walau bagaimanapun MetMalaysia menjelaskan, keadaan itu tidak memberi ancaman kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE