fbpx

Matrix Concepts anjur Malaysia Day Night Half Marathon 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Lebih 5,000 peserta dijangka akan terlibat dalam Malaysia Day Night Half Marathon 2024 pada 15 September ini yang dianjurkan syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts).

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, acara berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersempena sambutan Hari Malaysia dam akan berlangsung di d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan di sini.

Menurutnya, acara berkenaan bukan hanya sekadar perlumbaan tetapi ia adalah lebih kepada meraikan semangat perpaduan dn kepelbagaian yang ada di negara ini.

“Kami teruja untuk mengadakan acara ni buat kali pertama dan tidak sabar untuk melihat komuniti bersatu untuk meraikan Hari Malaysia dalam bentuk dan cara yang penuh bermakna,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran acara itu juga membuktikan komitmen Matrix Concepts dalam mempromosikan semangat patriotik, kepelbagaian dan penyertaan daripada komuniti.

“Bagi acara itu, pelbagai kategori yang dipertandingkan termasuk kategori 21.1 kilometer. Selepas pertandingan turut akan diadakan persembahan konsert dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI