fbpx

Malaysia-New Zealand perkukuh kerjasama pelbagai bidang – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Luxon ketika sidang akhbar bersama di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia-New Zealand memperkukuhakan kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya melibatkan pelaburan perdagangan dan pelancongan.

Perkara berkenaan antara penekanan yang dilontarkan pemimpin kedua-dua negara ketika pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Christopher Luxon di sini hari ini.

Anwar pada sidang akhbar bersama Luxon berkata, kedua-dua pemimpin turut bersetuju bagi mempertingkatkan kerjasama bagi pertukaran pelajar dan industri halal.

“Perdana Menteri baharu New Zealand menunjukkan komitmen untuk mengukuhkan hubungan yang telah terjalin.

“Selain kita juga adakan perbincangan yang komprehensif terhadap isu memberi kesan terhadap rantau ini, (selain itu perbincangan mengenai) isu Rusia dan Ukraine serta situasi di Gaza pada ketika ini,” katanya pada sidang akhbar bersama di sini, hari ini.

Luxon mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula semalam hingga esok untuk perbincangan dan kerjasama dua hala.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak memegang jawatan pada November 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI