fbpx

Malaysia bakal terima agihan ubat TPOXX, vaksin mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia bakal menerima segera agihan ubat Antiviral Tecovirimat (TPOXX) dan vaksin MVA-BN untuk wabak cacar monyet atau mpox melalui ‘Covid-19 ASEAN Response Fund’.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ubat serta vaksin berkenaan hanya akan diberi kepada golongan sasar sahaja.

“TPOXX diguna dalam rawatan mpox, khasnya (mereka) yang mengalami jangkitan teruk atau mereka yang punya imuniti lemah.

“Pemberian vaksin MVA-BN mpox hanya diberi berdasarkan pemeriksaan dan penilaian pakar perubatan,” katanya dalam hantaran di aplikasi X hari ini.

Jelasnya, setakat ini kementeriannya tidak akan melakukan vaksinasi umum kepada orang ramai.

“Vaksin MVA-BN hanya khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan dan kontak rapat kes yang disahkan,” ujarnya.

Pada 26 Ogos lalu media melaporkan, sebanyak 31 kes mpox disyaki di Malaysia dengan 25 kes disahkan negatif manakala enam masih dalam pemantauan.

Dr. Dzulkefly berkata, kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.

Pada 23 Julai 2022 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak mpox sebagai Public Health Emergency Of International Concern (PHEIC) namun, ia ditamatkan pada 11 Mei tahun lalu ekoran bilangan kes menurun.

Namun, pada 14 Ogos lalu, WHO sekali lagi mengisytiharkan mpox sebagai PHEIC untuk kali kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI