fbpx

Lelaki Rohingya hidap tibi lari Depot Tahanan Imigresen Ajil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Husson.

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki etnik Rohingya yang menghidap penyakit tibi disyaki meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil di sini semalam.

Suspek, Husson Ahmad Soifiullah, 25, dipercayai melarikan diri daripada depoh tahanan imigresen berkenaan pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, begitu pun kehilangan tahanan Rohingya itu hanya dilaporkan kepada polis pada pukul 1.30 pagi tadi.

“Siasatan awal percaya suspek meloloskan diri dengan memanjat siling bilik asingan di depoh tahanan imigresen tersebut. Gerakan memburu tahanan imigresen terbabit sedang giat dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, difahamkan sebelum membuat laporan polis, pengurusan depoh tahanan imigresen berkenaan cuba mencari Husson tetap gagal.

Beliau berkata, orang ramai mempunyai maklumat atau terserempak dengan suspek dipohon menyalurkan maklumat kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 019-9377864. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI