fbpx

Keluarga mangsa tanah jerlus sudah pulang ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulizme Affendy.

KUALA LUMPUR – Keluarga wanita warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang dilaporkan terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, sudah pulang ke negara asal, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman berkata, keluarga mangsa bertolak pulang menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ya, malam tadi anak dan bapa sudah pulang ke India,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa dilaporkan berkata operasi mencari dan menyelamat G.Vijaya Lakshmi, 48, dihentikan pada hari kesembilan.

Ia selepas mengambil kira isu keselamatan serta risiko kepada anggota pasukan SAR dan keselamatan kawasan di sekitar lokasi insiden.

23 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48 terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 8.22 pagi.

Antara agensi terlibat SAR mangsa ini ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Indah Water Konsortium (IWK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI