PETALING JAYA – Hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dilaporkan melanda seluruh ibu negara ketika ini.
Menerusi laporan cuaca terkini Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) di Facebook, selain Kuala Lumpur, cuaca buruk turut melanda beberapa kawasan lain di Semenanjung sehingga awal petang nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).
“Selain itu, di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE