PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung ekoran cuaca buruk yang dijangka berlarutan sehingga tengah hari nanti.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Perlis serta sebahagian kawasan negeri Kedah ketika ini.
“Antaranya adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena).
“Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE