PETALING JAYA – Isteri pertama kepada pempengaruh, Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina mandul oleh keluarga seseorang.
Menurut Nurmajdina, dia sudah lama berdiam diri sehingga semakin ramai yang mula menunding jari terhadap dirinya termasuklah mengganggu proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
“Saya lebih lama diam, bertahun. Tapi tak dihargai apatah lagi hormat. Mereka semakin melampau menghina. Tidak apa pun saya pertahankan seorang diri, Allah ada.
“Aku bukan mandul tak boleh bagi pewaris, korang ganggu proses IVF aku berkali-berkali. Kau dah ganggu rumah tangga aku, kau bawa kaum kau ganggu mental aku.
“Lebih setahun aku dan tak kongsi apa-apa, tapi kau punya kaum ayat masing-masing macam aku ni mandul. Pewaris aku ramai Allah jaga di Syurga, alhamdulillah,” luahnya dalam beberapa perkongsian InstaStory semalam.
Perkongsian Nurmajdina itu ternyata mendapat perhatian ramai pihak dan rata-ratanya mengaitkan isu tersebut dengan madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi.
Sebelum ini, Nurmajdina berkongsi tangkap layar mesej yang dikirimkan pengikutnya mendakwa Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry sering dilihat menyebelahi isteri keduanya berbanding wanita itu.
“Sedih tengok story Abang Tesla, macam pertahankan yang sana. Dari live hari itu nampak sangat Abang Tesla lagi takut dengan yang sana (isteri kedua).
“Sekarang dah faham kenapa kak Maj (Nurmajdina) lebih tegas dan lebih pertahankan diri sendiri. Takpe Allah ada, semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kak Maj,” kata individu itu. – KOSMO! ONLINE