fbpx

Gadis Sri Lanka menangis dicekup Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis Sri Lanka yang ditemui pemberita semasa operasi tersebut. Foto oleh NURUL NAJWA HASRAN/KOSMO!

SHAH ALAM – “Pasport dan visa saya sudah diserahkan kepada ejen untuk diperbaharui namun belum diterima sehingga kini,”.

Itu rintihan seorang bekas pelajar sekolah antarabangsa warga Sri Lanka yang menangis selepas ditahan di sebuah gudang pembungkusan barangan jualan e-dagang di Jalan Kebun di sini, hari ini.

Dakwa gadis yang mahu dikenali sebagai Shahani, 20, dia dibawa seorang ejen untuk bekerja di gudang berkenaan pada 2022.

“Saya kemudian memohon permit kerja melalui ejen itu dengan bayaran kira-kira RM3,000 sebelum ini. Semua dokumen berkaitan diberi pada Januari lalu tetapi tiada menerimanya setakat ini,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Tambahnya, dia memasuki Malaysia pada 2017 untuk menyambung pengajian 0-Level di sebuah sekolah antarabangsa di Klang sebelum menamatkan pelajaran pada 2020 dan terus bekerja di negara ini untuk mencari rezeki.

Dia antara 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di dua premis berasingan, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Pemerhatian Kosmo! mendapati suasana ketika serbuan agak kecoh apabila segelintir warga asing bertempiaran lari dan bersembunyi di dalam stor dan tandas gudang sebelum menahan 37 PATI kesemuanya berusia 20 hingga 40 tahun.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha yang mengetuai serbuan berkata, pihaknya menjalankan siasatan lanjut terhadap semua PATI termasuk gadis Sri Lanka tersebut sama ada berkaitan tiada dokumen atau tinggal lebih masa di negara ini.

“Siasatan dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI